Monday, September 9, 2013

Saturday, April 27, 2013

soalan SUPER bodoh~

ANTARA SOALAN² SENGAL YANG KADANG² BUAT ORANG BENGANG.

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK
DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop!

5) ORANG NAMPAK KAU KELUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih!

7) KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni.

Wednesday, April 24, 2013

macam bagus jerr~

motif title tade kena mengena langsung.
hahhahhaha.
ok -fullstop.


yes rase diri terlalu selfish bila senang-senang ganti tempat dia dengan orang lain.
orang boleh judge sampai mati.
rasa apa aku rasa dan kau boleh bercakap.
-listen.

rasa dulu baru boleh buka mulut longkang.
jangan hembus jer.
-tak baiklahh~

aku kaup setiap apa yang dituduh, dimaki, dicaci.
aku letak semua kaupan dekat tepi.
-berdesing telinga

jangan sampai setiap tuduhan jadi nyata.
setiap kata adalah doa.
-beware.

p/s: b bagi lagu nih. sebab aku dah mula muak dengan panas baran dier.

-cair meleleh-leleh. i can't handle it. puuiihh~

Thursday, February 28, 2013

Saturday, February 16, 2013

mind set

semua orang ada benda yang dia  tak suka. semua orang ada perasaan. semua orang ada cara sendiri nak lepaskan rasa ketidaksukaan dan ketidak puas-an hati tersebut. cuma bila benda tu terlepas dekat orang lain ianya akan secara terus menimbulkan isu. yes isu. bila dah timbul mula lah masing-masing ada buah idea untuk terus smash orang dengan tak tahu hujung pangkal cerita dengan tak pikir apa orang tu pikir @rasa bila terkena smash. bak kata orang bercakap senang guna air liur tapi apa yang orang rasa belum tentu kita rasa. makanlah garam berguni-guni sekalipun belum tentu kau tahu semua benda. belum tentu kau dah lalui semua benda. lainn orang lain  pemikirannya. ada cetek ada dalam. sometimes kita tak tahu sejauh mana orang tuh rasa sakit bila melalui sesuatu yang menyakitkan. ada orang cukup kuat tuk hadap segala dugaan dalam hidup dier. ada orang kena dugaan sikit dah melatah terus siap nak fobia bagai. ada orang lepaskan marah dengan memaki hamun orang. dengan cara tuh mungkin dia akan rasa lega tanpa pikir apa orang rasa lepas dimaki hamun. ada orang jenis pendam dalam hati berkepuk kepuk dan tiba satu saat ada yang cuba picit butang kemarahan dia maka tersembur lah segala dendam amarah yang selama ini dia simpan. ada orang pilak jenis suka memaki dalam senyap which is die muntahkan segala rasa dalam kertas or blog or apa saja jenis medium yang tidak bernyawa. dengan cara tuh mungkin tade orang yang akan terasa secara 'live' bila dier marah.

bagi aku, aku benci orang yang perasaan dia sangat bagus dalam semua hal. acah-acah die sangat positif thinking. tapi bukanlah aku nak cakap aku ni terlalu negatif. kita ada opinion masing2. luahkan apa kau rasa kau nak luahkan. cuma tak perlu rasanya nak kena bagitahu semua orang tentang keburukan orang lain. contoh kau terbaca dairi orang then bila datang satu point yang kau boleh malukan dier depan orang lain. motif kau? fine kau mungkin terbaca tak tak perlu kau tunjukkan dekat orang lain yang kau dah berjaya baca isi hati di dalam dairi tuh. mungkin kau kata si polan bodoh pegi letak dairi sepah2. kita manusia tak lari dari kesilapan dan kecuaian masing2. kita ada hak kita dan ia tak boleh die ceroboh. ku mungkin berniat nak menasihati tapi tersalah cara. lain orang lain penerimaannya.

belajarlah tinggi mana sekalipun yang boleh buad orang bangga dengan pencapaian tebaik kau, tapi kalau attitude kau ZERO there's no use lah kau belajar tinggi2 sekalipun. kau boleh kutuk orang sampai bernanah telinga orang tu kau kerjakan tapi kau kena ingat even sampai bernanah kau buad dier tak mungkin TIDAK dier buat kau sampai berulat.

moral of the story, tuhan tak cipta manusia dalam keadaan yang sangat perfect. baik segi fizikal mahupun mental. kau buad orang, orang buad kau balik, cerita takan habis. itu karma. jangan asik nak letak orang lain dibawah. sekali sekala kita patut letak diri kita dekat bawah untuk kita rasa dunia ni ada baik and buruknya.

Friday, February 1, 2013

semua rasa ini

malam ni
rasa hilang sesuatu.
rasa rindu sesorang.
rasa hati gundah gelana.
rasa ada yang kurang.
rasa sebak, sedih, sayu
rasa sepi
rasa seperti ada yang tak kena
rasa sesuatu yang susah untuk digambarkan.

setiap rasa ni ada sebab.
sebab apa?
kurang pasti.

hari ni genap 5 bulan pergi dia ke pangkuan Maha Pencipta. hari ni jugak merupakan hari ulangtahun ke 4 kami. selama tiga tahun masa ini tarikh ini kami bergelak ketawa bersama. jauh dimata tapi sangat dekat dihati. ini yang kami pegang untuk terus pertahankan hubungan kami. hingga ke hari ini ia masih dipegang teguh oleh aku. tiada apa tiada siapa mampu mengoyahkannya. hanya Maha Pencipta yang mampu menghilangkannya. Pergi dia tanpa aku duga. pergi dia tanpa kerelaan aku. pergi dia tanpa aku sedia untuk melepaskannya. separuh jiwa aku dibawa bersama.

hanya doa yang mampu aku pohon untuk terus dan terus kuat. semoga kau aman disana. semoga ditempatkan di tempat orang beriman.

terima kasih untuk setiap
rasa bahagia
rasa bermakna
rasa dihargai
rasa selamat bila bersama
rasa sedih
rasa yakin
rasa kuat

terima kasih untuk segalanya..



Friday, January 11, 2013

jatuh bangkit semula

tahun baru [atut ade azam baru.
tapi azam tahun baru aku tanak ada ape2 azam lagi dah.
sebab azam tahun lepas aku dah terkubur.

kehilangan orang yang aku paling sayang dan dugaan yang bertimpa-timpa datang dalam hidup aku buad aku rasa lebih kuat dan yakin untuk teruskan hidup aku kehadapan. aku cuba bangun balik untuk teruskan hidup tanpa rasa rendah diri pun. alhamdullilah mungkin rezeki aku. tapi aku masih merangkak untuk achieve apa yang aku nak.

rezeki bagi aku ada dekat mana2 jer. kalau Tuhan dah tulis rezeki tu untuk kau, ia tetap untuk kau walau pelbagai dugaan yang datang. Tuhan duga kita bersebab. Dia nak kita jadi kuat untuk hadapi semua dugaan Nya. the last few years aku di duga dengan begitu hebat. dengan sakit yang aku hidap. dengan hilang kekuatan aku yang selama ni jadi tulang belakang aku untuk teruskan hidup. aku pernah rasa keseorangan. aku penah rasa sakit yang begitu hebat.

tapi aku sedar aku bukan sorang2. aku ada kawan yang sentiasa ada untuk teman aku time aku down. aku ada family yang sentiasa ada untuk bantu aku bangun. aku sedar ada yang memerlukan keringat. ramai lagi yang sayangkan.

jodoh. jodoh tuh bagi aku rahsia Tuhan. kita gagal dalam bercinta bukan bermakna kita gagal dalam hidup selamanya. once kita gagal dalam bercinta itu bermakna Tuhan masih mencari orang yang begitu sempurna untuk kita. thats why aku belajar untuk tidak terlalu mencintai sesorang sepenuh hati. tidak terlalu obses dengan lelaki. dulu aku ada syah untuk bagi segala kebahagian dekat aku. tapi Tuhan lebih sayangkan dia dari aku.

tak dapat dinafikan hilang orang yang kita harap-harapkan ade untuk kita selamanya sangat sakit. ambil masa yang lama untuk kita bangun balik dan terima kenyataan yang dia bukan untuk kita. lepas syah aku gagal dalam hidup aku. aku gagal dalam meneruskan pelajaran aku, aku gagal dalam kerja kau. aku gagal dalam hidup aku. mungkin ini balasan Tuhan dekat aku atas perbuatan lampau aku. aku tak pernah hargai apa yang ade depan mata aku. aku tak pernah beryukur dengan ape yang aku dapat. aku amik mudah dalam semua perkara.

bila aku sedar, aku bangun semula dengan ada nya orang yang selalu bagi aku semangat untuk terus hadap semua dugaan yang datang. aku jadi orang yang lebih yakin dan kuat untuk teruskan perjalanan hidup aku. aku tak perlukan ramai kawan untuk tambah koleksi kawan2 aku. for me nowdays kawan cuma atas dasar kawan. hapy bahagia mungkin kita ramai kawan. tapi bila kita sedih down dan perlukan kawan, takde seorang pun kawan yang akan datang dekat kita lap kan  air mata kita. aku bersyukur aku ada muazakkir, qiqi, yana cukup tiga orang ni ada dalam hidup aku.

alhamdullilah aku dah archive apa yang aku nak setakat nih. aku dah ade kerja. sekurang-kurangnya aku bolek leka dari terus ingat kenangan yang lepas. semoga ianya berkekalan. amiin.


alhamdullilah. this is my life this is my future. semoga aku terus kuat dan kuat. 


this is me. im not a perfect girl but i'll try to be one. may Allah bless me.



this one for you guys that i heart the most who always besides me even in my worst. thank you so much babe
ahmad muzakkir al hafiz, nurul naquiah fhauzi, nurliyana roslan.